Saturday, August 15, 2009

H1N1.

Pada saat rakyat Malaysia sedang menghadapi wabak H1N1, pada hari ini warga SMK Tat Beng telah pun mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin memohon perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah agar wabak yang sedang melanda negara akan dapat dibendung. Para pelajar lelaki dan guru beragama Islam menunaikan solat hajat berjemaah di Dewan Terbuka manakala pelajar dan guru perempuan pula menunaikan solat hajat di surau.

Kemudiannya, warga SMK Tat Beng sekali lagi berkumpul beramai-ramai di Dewan Terbuka bagi membaca surah Yasin. Pelajar bukan Islam pula berkumpul di kantin sambil mendengar taklimat mengenai penjagaan kesihatan. P&P dimulakan pada jam 9 pagi.

Warga SMK Tat Beng juga turut bersimpati dan merasa bimbang kerana sebahagian besar daripada pelajar telah pun menghidap demam, selsema serta batuk. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan agar para pelajar serta guru mengambil langkah yang sewajarnya untuk berjumpa doktor sekiranya telah menghidap demam, batuk atau selsema. Tindakan segera boleh menyelamatkan nyawa kita serta orang-orang di sekeliling kita. Selain itu, para pelajar yang demam, selsema dan batuk adalah tidak digalakkan untuk hadir ke sekolah tetapi haruslah melakukan pemeriksaan di klinik-klinik berdekatan.

Warga SMK Tat Beng juga diingatkan agar sentiasa membersihkan diri, minum air yang banyak serta mengelakkan majlis-majlis keraian. Semoga warga sekolah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.


Monday, August 3, 2009

Israk Mikraj

Sempena Israk Mikraj, satu ceramah telah pun diadakan di Dewan Terbuka untuk semua pelajar dan guru beragama Islam. Guru serta pelajar yang bukan beragama Islam pula berkumpul dan melakukan aktiviti di kantin sekolah.

Ceramah yang dianjurkan adalah berkenaan peristiwa penting di mana Rasulullah diangkat ke langit dan kisah saudara seIslam di Palestin.

Semoga siri ceramah seperti ini akan diteruskan lagi di masa hadapan. Tahniah kepada warga kerja SMKTB yang telah membantu menjayakan majlis ini.


Guru-guru turut memberikan sokongan dan mendengar ceramah

Para pelajar asyik mendengar ceramah

Align CenterPenceramah yang dijemput khas

Bulan Gaya Hidup Sihat

Bulan Gaya Hidup Sihat telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada 13 Julai 2009.
Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kuiz dan ceramah kesihatan.


Tuan Pengetua merasmikan Bilik Rawatan SMKTB

Pameran Kesihatan di Dewan Terbuka

Para pelajar berhimpun di Dewan Terbuka bagi mendengar ceramah kesihatan




Blog SMKTB

Alhamdulillah..
Akhirnya, blog SMK Tat Beng berjaya dicipta.

Blog ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.