Friday, November 20, 2009

Jamuan Akhir Tahun Guru & Staf

Guru dan staf SMK Tat Beng telah pun mengadakan Jamuan Akhir Tahun yang bertempat di Taiping Golf Resort. Majlis ini juga diadakan khusus bagi meraikan para guru yang bakal bertukar sekolah serta meraikan persaraan Tuan Haji Radzali. Majlis dimulakan pada jam 8:30 malam dan berakhir sekitar 10:30 malam.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan majlis termasuklah Cabutan Nombor Bertuah. Semoga majlis sebegini dapat merapatkan lagi ikatan ukhuwah antara guru dan staf SMK Tat Beng di masa depan.