Saturday, January 16, 2010

Merentas Desa

Aktiviti Merentas Desa ini merupakan kesinambungan daripada sesi latihan yang telah pun dilakukan oleh pelajar pada 12 Januari yang lalu. Para pelajar mula berkumpul di tapak perhimpunan seawal jam 7:30 pagi bagi mendengar taklimat berkaitan keselamatan serta kesihatan diri. Kemudiannya, pelajar diminta untuk berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing di mana guru rumah memberikan pelekat mengikut warna rumah sukan masing-masing.


Pelajar seterusnya bergerak ke padang sebelum melakukan sedikit aktiviti regangan badan. Pelajar sekali lagi mendapat taklimat berkaitan keselamatan diri sebelum pemula acara, Cikgu Ahmad bertindak untuk memulakan pertandingan ini.


Pelajar dilepaskan mengikut 5 kategori iaitu:
  • Lelaki bawah 18 tahun
  • Lelaki bawah 15 tahun
  • Perempuan bawah 18 tahun
  • Perempuan bawah 15 tahun
  • Pendidikan Khas
Pelajar lelaki bawah 18 tahun merupakan kategori pertama yang memulakan acara pada pagi tersebut iaitu tepat pada jam 8:15 pagi. Acara ditamatkan pada jam 9:30 dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan di Dewan Terbuka pada jam 10 pagi.

Warga SMK Tat Beng mengucapkan tahniah kepada yang telah berjaya. Semoga para pemenang lebih bersemangat ketika mewakili sekolah di peringkat daerah nanti. Tahniah!

Saturday, January 9, 2010

Program Membersihkan Kelas

Bagi menceriakan sekolah, SMKTB telah mengadakan Program Membersihkan Kelas serta LDP(Latihan Dalam Perkhidmatan).