Sunday, February 28, 2010

Perlawanan Bola Tampar dan Hoki.

Pada 28 Februari, SMK Tat Beng telah menghantar pasukan bola tampar dan hoki untuk menyertai perlawanan peringkat daerah. Pertandingan bola tampar berlangsung di Dewan Asam Kumbang manakala perlawanan hoki di King Edward dan SERATAS. Nasib tidak menyebelahi pasukan SMK Tat Beng dan mereka terkandas sebelum ke peringkat suku akhir.

Syabas kepada pasukan bola tampar dan hoki kerana telah memberikan persaingan yang sengit dalam perlawanan masing-masing.

Thursday, February 11, 2010

Perlantikan & Pilihanraya Pengawas

Pada 9hb Februari, Majlis Perlantikan Pengawas serta Pilihanraya Ketua Pengawas Putera dan Puteri bagi sesi 2010/2011 telah pun diadakan. Majlis dirasmikan oleh En. Mohd Sabri Haji Md Daud, Pegawai PPD HEM.Pada majlis ini, para pengawas telah diberikan tag nama masing-masing. Kemudian, sesi pilihanraya dimulakan di Dewan Terbuka. Sesi p&p tetap berjalan seperti biasa di mana para pelajar mengundi mengikut giliran kelas masing-masing.
Setelah sesi pengundian ditamatkan, sesi pengiraan undi pula dimulakan. Wakil-wakil parti juga turut menunggu dengan penuh debaran bagi memastikan agar calon mereka meraih kemenangan.


Keputusan penuh - Ketua Pengawas Putera : Zairul Azhar (6 Atas), Ketua Pengawas Puteri - Nor Azyan (501).

Syabas diucapkan kepada calon yang telah berjaya memegang mandat. Semoga dapat menjalankan amanah dengan baik dan berkesan.





Sunday, February 7, 2010

Kejohanan Olahraga Kali ke-26

Pada 6 Februari yang lalu, SMK Tat Beng telah meneruskan tradisi dengan mengadakan Kejohanan Olahraga kali ke-26. Kali ini ianya dirasmikan oleh Tuan Haji Zamani Bin Abu Bakar, Penyelia Kanan Sukan PPD LMS. Acara tahunan ini dimulakan pada jam 8 pagi bertempat di padang sekolah. Acara dimulakan dengan perbarisan oleh unit beruniform dan ahli umah sukan.Acara diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengetua diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Zamani.

Antara acara yang dipertandingkan adalah lari 100m, 200m, 4 x 100m, 4 x 200m dan tarik tali. Acara tarik tali menjadi tumpuan ramai di mana para guru dan pelajar begitu bersemangat memberi sokongan kepada rumah sukan masing-masing.


Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan:
  • Skor mengikut rumah sukan:
    BIRU - 1253
  • MERAH - 1246
    HIJAU - 1245
    KUNING - 953
  • Perbarisan Unit Beruniform Terbaik - Kadet Polis
  • Perbarisan Rumah Sukan Terbaik - Rumah Kuning
  • Pertandingan Tarik Tali Antara Rumah - Rumah Merah
  • Johan Rumah Sukan - Rumah Biru
Syabas kepada para pemenang. Semoga acara ini akan lebih meriah pada tahun depan.

Friday, February 5, 2010

Sukantara

Pada 3,4 dan 5 Februari yang lalu, SMK Tat Beng telah mengadakan acara sukantara tahunan. Acara yang dipertandingkan adalah seperti lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lontar lembing serta lempar cakera.


Rehearsal Sukan Tahunan.

Pada pagi tadi, SMK Tat Beng telah mengadakan 'rehearsal' kejohanan olahraga yang bakal berlangsung dengan rasminya pada hari esok. P&P masih berjalan seperti biasa namun begitu, pengecualian diberikan bagi pelajar yang terlibat dengan acara padang dan perbarisan.

Pelajar yang tidak terlibat dalam perbarisan pula bertungkus-lumus menyediakan kelengkapan perbarisan. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh.


Acara padang dan perbarisan tamat pada jam 10 pagi.



Diharapkan agar acara kemuncak pada hari esok akan lebih meriah. Kepada pengikut blog atau mana-mana pihak yang ingin turut serta bagi memeriahkan acara olahraga ini, pihak SMK Tat Beng amat berbesar hati untuk menerima kunjungan anda.

Saturday, January 16, 2010

Merentas Desa

Aktiviti Merentas Desa ini merupakan kesinambungan daripada sesi latihan yang telah pun dilakukan oleh pelajar pada 12 Januari yang lalu. Para pelajar mula berkumpul di tapak perhimpunan seawal jam 7:30 pagi bagi mendengar taklimat berkaitan keselamatan serta kesihatan diri. Kemudiannya, pelajar diminta untuk berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing di mana guru rumah memberikan pelekat mengikut warna rumah sukan masing-masing.


Pelajar seterusnya bergerak ke padang sebelum melakukan sedikit aktiviti regangan badan. Pelajar sekali lagi mendapat taklimat berkaitan keselamatan diri sebelum pemula acara, Cikgu Ahmad bertindak untuk memulakan pertandingan ini.


Pelajar dilepaskan mengikut 5 kategori iaitu:
  • Lelaki bawah 18 tahun
  • Lelaki bawah 15 tahun
  • Perempuan bawah 18 tahun
  • Perempuan bawah 15 tahun
  • Pendidikan Khas
Pelajar lelaki bawah 18 tahun merupakan kategori pertama yang memulakan acara pada pagi tersebut iaitu tepat pada jam 8:15 pagi. Acara ditamatkan pada jam 9:30 dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan di Dewan Terbuka pada jam 10 pagi.

Warga SMK Tat Beng mengucapkan tahniah kepada yang telah berjaya. Semoga para pemenang lebih bersemangat ketika mewakili sekolah di peringkat daerah nanti. Tahniah!